CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 16, 2011

Bab 5


Akhirnya, cuti semester dah pun bermula. Dapat la aku jumpa mak ngan abah termasuk dengan abang Im. Tiba-tiba telefon bimbitku berdering. ‘Abg Im’  lantas aku menjawab panggilan tersebut.
            “ Hello, assalamuaailakum. Abang…” aku memberi salam terlebih dahulu. Abang Im merupakan abang kesayanganku. Dia jugalah penyokong dan kekuatanku. Muhd Azri Imran merupakan nama penuhnya tapi diringkaskan sebagai Im.
            “Waailaikumsalam. Adik dah ada kat mana ni? Nak suruh abang ambik adik dalam pukul berapa?” suara abang Im kedengaran sungguh gembira. ‘Alahai macho nya suara abang aku ni. Abang sapa tak tau?’ bisikku sendiri.
            “Amboi.. tak sempat-sempat. Sabar la sikit. Adik dah nak dekat sampai jambatan dah ni. Erm.. jap gi dalam kul 2.00 abang datang la kat stesen ok. Adik tunggu abang kat sana. Jangan lambat pulak. Kesian kat adik kena tunggu.”
            “Yes ma’am..” terdengar abang ketawa dihujung talian. Aku hanya biasa tersenyum girang. Tak kan la nak gelak kot kat dalam bas. Nanti tak pasal kena halau turun. Hehehe…
            “Ok la, bang aku rojer and out dulu laa. Nanti sampai adik mesej kat abang, ok?” huk eleh… buat macam dalam drama gerak khas. ‘rojer and out!’ hahah…
            “Macam tak sudi nak cakap ngan abang ja. Tak pala orang tak sudi kan. Nak buat macamana. ‘kusedar diri ini, aku hanya insan biasa.’” Tidak dapat lagi ku tahan, akhirnya ketawaku terburai juga. Tambah-tambah bila terdengar abang Im mengalunkan lagu ‘tak suka tak apa.’ Kononnya nak buat drama king la tu.
            “Bukan tak sudi laa abang. Jap gi kalau sembang lama-lama kat dalam tepon ni, adik tak tau nak sembang apa da kalau jumpa jap gi. Lagipun, orang kat dalam bas ni dah pelik tengok  adik. Gelak sorang-sorang. Dah macam minah sewel tak cukup syarat.” Memang dari tadi, lelaki yang berbaju biru tua itu asyik memandang ke arah aku ja. Macam la aku ni sewel sangat. Aku tengah cakap telefon la.
            Abang Im masih lagi ketawa mendengar celoteh ku.
            “Bukan adik memang sewel sejak azalinya lagi ka? Tak kan baru sedaq kot.” Sesedap rasa je abang sendiri kutuk adik dia. Depan-depan pulak tu. Kejam! Kejam! Memang kejam!
            “Oit! Suka suki nak kutuk orang macam tu. Kang ada gak yang makan air laut jap gi.” Aku sengaja mengeraskan suaraku. Abang Im masih meneruskan ketawanya.
            “Hahahaha… yela yela.. abang tak kacau da.. tapi kan, mana ada orang makan air laut, orang minum ada laa…” belum sempat aku berkata apa-apa, talian diputuskan.
            Aku tersenyum mengenangkan abang Im. Tak habis-habis nak usik orang. Tunggu laa, adik balik. Adik boikot abang. Hahaha..

Aku tercari-cari mana la abang Im ni. Tadi baru ja pesan jangan datang lambat. Datang gak lambat. Saja tau. Terasa beg galasku ditarik dari belakang. Ish! Peragut ke? Berani gila nak ragut orang kat tengah-tengah khayalak ramai ni. Tak boleh jadi ni.
            “Hee yah..!” belum sempat aku membuka langkah silatku, tangan ku pantas dihalang olehnya. Aku memusing tubuhku dan…
            “Ish! Abang ni, nasib baik adik tak backhand abang tadi. Kalau tak, sia-sia je hidup tau.” Ternyata abang Im yang cuba mengusikku. Abang Im menunjuk barisan giginya yang putih itu. ‘macam kerang busuk!’ desisku.
            “Lama dah sampai?” aku menghulurkan tangan untuk menyalam kedua-dua tangannya. Itulah yang akan aku lakukan sekiranya berjumpa dengan ahli keluargaku.
            “Tak aih! Baru ja.. baru sesaat yang lalu.” Aku mengeluarkan loghat utaraku sambil menjeling ke arah abangku. Aku dah sampai hampir 15 minit yang lalu sampai naik longgar lutut ni kena berdiri. Dah la tempat duduk full.
            Abang Im tersenyum melihatku.
            “Makin comel adik abang kalau marah-marah macam ni. Tambah-tambah bila tengok mulut muncung yang dah sama spesis ngan musang tu.” Kutuk lagi. Memang nak kena ni.
            Apa lagi tangan aku pun bergerak la kat pinggang dia dan…
            “Auch! Sakit la.” Abang Im mengosok-gosok pinggangnya yang dicubit aku. Aku tersenyum puas.
            “Padam muka. Sapa suruh kutuk adik tadi. Kan dah dapat hadiah pertama dari adik.”
            Orang disekeliling melihat gelagat kami berdua. Tak tau malu langsung la. Siap buat adegan menjerit-jerit lagi tu. Aku menarik-narik lengan abangku untuk meninggalkan tempat ini.
            “Abang.. jom la. Adik rindu nak balik rumah ni. Nak jumpa mak ngan abah. Cepat la.” Aku menyuakan beg bajuku untuk dibawa. Berat kot. Kat sana pun Damya yang tolong aku bawa beg ni.
            Abang Im hanya berlalu meninggalkan aku bersama beg bajuku sambil menjelir lidah ke arahku.
            “Abang!!! Tolong laa adik bawa beg ni. Berat tau!” abang Im hanya berlalu pergi tanpa membantuku.
            Akhirnya aku juga la kena bawa beg yang seberat alam ni. Hadeh! Memang adik beradik hitler betul la abang aku ni. Kejam!
            “Oit! Cepat laa.. abang tinggal kat sini baru tau.”giliran abang Im yang tersenyum puas.
Di dalam kereta aku banyak mendiamkan diri. Saja nak kasi cuak sikit sama abang. Hehehe…
            “Adik… awat yang dok diam ni? marah lagi ka? Jangan laa..” abang Im cuba memujukku. Aku sengaja menyembunyikan senyumku. ‘Tau takut… ni baru sikit. Hehehe’ hatiku berbisik nakal.
            “Adik… adik…..” aku hanya mendiamkan diri.
            “Nur Liyana Zahirah….” Namaku dipanggil. Aku menoleh melihat ke arah abangku tanpa berkata apa-apa. ‘Kesiannya..’ desisku lgi.
            “Adik… ada apa kat tudung tu..” suara abang Im menjadi serius.
            Aku meraba-raba tangan ku diatas tudungku.
            “Macam…. Cicak ja.” Sekali lagi abang Im bersuara… Cicak? Binatang bergetah tu…
            “Mana-mana…? Abang.. cepat la… tolong buatkan.. adik geli laa.” Aku memang anti ngan binatang yang bergelar cicak atau sespesis dengannya. Geli kot…
            Kedengaran seperti suara abang Im sedang ketawa. Aku menoleh ke arahnya dan aku melihat matanya berair menahan ketawanya. Sah! Memang sah, aku ditipu. Macamana la, aku tak terfikir yang dia nak kenakan aku. Aduh! memang cari nahas tol la abang aku sorang ni,
            “ABANG IM!!!!!!!!!!!!!!!” aku mengeluarkan suaraku yang lebih merdu dari suara pontianak. Mau berdesing telinga abang aku sorang ni. Lantak la, sapa suruh buat lawak bodoh yang tak menjadi tu.  Lantas sebelah tangan abangku menutup telinganya yang disebelah kiri malah sebelah lagi kuat memegang stering kereta.
            “Oit! Sakit laa telinga abang ni. Kalau nak jadi gorilla pun, tunggu laa kalau dah sampai kat dalam hutan. Ni tak, main melalak suka-suka hati. Sakit kot.” Abang Im meneruskan perjalanannya.
            Melebih la ni. tadi dah laa tipu aku buta-buta, sekarang siap panggil aku gorilla. Tak boleh jadi ni. Tak pa tak pa… tunggu laa sampai kat rumah jap gi. Tau la nasib dia. Aku terus memasamkan mukaku.

“Assalamuailaikum… mak… abah.. adik dah sampai ni… tak nak sambut ker?” kini aku berada dihadapan rumahku sambil terpekik-pekik. Tak sabarnya nak jumpa mak dengan abah.
            “Waailaikumsalam. Masyaallah adik ni, tak malu ka dok terpekik-pekik macam orang tak betui. Hai… rindunya mak kat adik…” pantas tangan mak aku cium.
            “Dia memang tak betui mak. Ada screw dalam otak dia tercabut.” Suara abang Im memecah suasana. Aku mencebik.
            “Mak, abah mana? Rindu adik kat abah ni..”
            “Abah keluar sat. Dia ada kerja sikit. Sat gi balik laa tu. Adik, awat nampak kurus ni? tak makan ka kat sana?”
            “Kurus ka, mak? Tak aih… biasa ja adik tengok diri adik ni. mungkin mak dah lama tak tengok adik kot.”   
Aku berpimpinan masuk ke dalam rumah dengan mak sambil menoleh ke arah abangku sambil berkata.
            “Khadam tolong bawa masuk saya punya beg ya. Kalau tidak, tiada darham…” aceceh dah macam orang kaya zaman P.Ramlee laa pulak. Saatnya untuk aku membuli abangku. Rasakan pembalasan adikmu. Hehehe..
            Abang Im masih lagi terpinga-pinga dengan arahanku.
            “Apa pulak. Barang sendiri, sendiri angkat la.” Abang Im mula protes namun dihalang oleh mak.
            “Im… hang angkat laa beg tu kat adik hang. Kesian kat dia, baru ja sampai ni. mesti penat tak hilang lagi. Hang angkat letak kat dalam bilik dia.” Aku menunjukkan ibu jariku sambil menjelir lidah. ‘padan muka. Kena buat jugak. Hahaha.’ Desisku.
            Abang Im tidak puas hati dengan arahan mak. Tapi apakan daya, arahan ibu tak boleh nak bantah. Tak berbau syurga nanti. Dengan keterpaksaan, abang Im terpaksa juga angkat beg aku tu. Akhirnya, kemenangan di pihak Liyana Zahirah. Oh yeah!

1 comments:

Aqeela Iman said...

Wah !! Best jgak eak??
Smbung laa lg akk ..

Post a Comment