CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 16, 2011

Bab 5


Akhirnya, cuti semester dah pun bermula. Dapat la aku jumpa mak ngan abah termasuk dengan abang Im. Tiba-tiba telefon bimbitku berdering. ‘Abg Im’  lantas aku menjawab panggilan tersebut.
            “ Hello, assalamuaailakum. Abang…” aku memberi salam terlebih dahulu. Abang Im merupakan abang kesayanganku. Dia jugalah penyokong dan kekuatanku. Muhd Azri Imran merupakan nama penuhnya tapi diringkaskan sebagai Im.
            “Waailaikumsalam. Adik dah ada kat mana ni? Nak suruh abang ambik adik dalam pukul berapa?” suara abang Im kedengaran sungguh gembira. ‘Alahai macho nya suara abang aku ni. Abang sapa tak tau?’ bisikku sendiri.
            “Amboi.. tak sempat-sempat. Sabar la sikit. Adik dah nak dekat sampai jambatan dah ni. Erm.. jap gi dalam kul 2.00 abang datang la kat stesen ok. Adik tunggu abang kat sana. Jangan lambat pulak. Kesian kat adik kena tunggu.”
            “Yes ma’am..” terdengar abang ketawa dihujung talian. Aku hanya biasa tersenyum girang. Tak kan la nak gelak kot kat dalam bas. Nanti tak pasal kena halau turun. Hehehe…
            “Ok la, bang aku rojer and out dulu laa. Nanti sampai adik mesej kat abang, ok?” huk eleh… buat macam dalam drama gerak khas. ‘rojer and out!’ hahah…
            “Macam tak sudi nak cakap ngan abang ja. Tak pala orang tak sudi kan. Nak buat macamana. ‘kusedar diri ini, aku hanya insan biasa.’” Tidak dapat lagi ku tahan, akhirnya ketawaku terburai juga. Tambah-tambah bila terdengar abang Im mengalunkan lagu ‘tak suka tak apa.’ Kononnya nak buat drama king la tu.
            “Bukan tak sudi laa abang. Jap gi kalau sembang lama-lama kat dalam tepon ni, adik tak tau nak sembang apa da kalau jumpa jap gi. Lagipun, orang kat dalam bas ni dah pelik tengok  adik. Gelak sorang-sorang. Dah macam minah sewel tak cukup syarat.” Memang dari tadi, lelaki yang berbaju biru tua itu asyik memandang ke arah aku ja. Macam la aku ni sewel sangat. Aku tengah cakap telefon la.
            Abang Im masih lagi ketawa mendengar celoteh ku.
            “Bukan adik memang sewel sejak azalinya lagi ka? Tak kan baru sedaq kot.” Sesedap rasa je abang sendiri kutuk adik dia. Depan-depan pulak tu. Kejam! Kejam! Memang kejam!
            “Oit! Suka suki nak kutuk orang macam tu. Kang ada gak yang makan air laut jap gi.” Aku sengaja mengeraskan suaraku. Abang Im masih meneruskan ketawanya.
            “Hahahaha… yela yela.. abang tak kacau da.. tapi kan, mana ada orang makan air laut, orang minum ada laa…” belum sempat aku berkata apa-apa, talian diputuskan.
            Aku tersenyum mengenangkan abang Im. Tak habis-habis nak usik orang. Tunggu laa, adik balik. Adik boikot abang. Hahaha..

Aku tercari-cari mana la abang Im ni. Tadi baru ja pesan jangan datang lambat. Datang gak lambat. Saja tau. Terasa beg galasku ditarik dari belakang. Ish! Peragut ke? Berani gila nak ragut orang kat tengah-tengah khayalak ramai ni. Tak boleh jadi ni.
            “Hee yah..!” belum sempat aku membuka langkah silatku, tangan ku pantas dihalang olehnya. Aku memusing tubuhku dan…
            “Ish! Abang ni, nasib baik adik tak backhand abang tadi. Kalau tak, sia-sia je hidup tau.” Ternyata abang Im yang cuba mengusikku. Abang Im menunjuk barisan giginya yang putih itu. ‘macam kerang busuk!’ desisku.
            “Lama dah sampai?” aku menghulurkan tangan untuk menyalam kedua-dua tangannya. Itulah yang akan aku lakukan sekiranya berjumpa dengan ahli keluargaku.
            “Tak aih! Baru ja.. baru sesaat yang lalu.” Aku mengeluarkan loghat utaraku sambil menjeling ke arah abangku. Aku dah sampai hampir 15 minit yang lalu sampai naik longgar lutut ni kena berdiri. Dah la tempat duduk full.
            Abang Im tersenyum melihatku.
            “Makin comel adik abang kalau marah-marah macam ni. Tambah-tambah bila tengok mulut muncung yang dah sama spesis ngan musang tu.” Kutuk lagi. Memang nak kena ni.
            Apa lagi tangan aku pun bergerak la kat pinggang dia dan…
            “Auch! Sakit la.” Abang Im mengosok-gosok pinggangnya yang dicubit aku. Aku tersenyum puas.
            “Padam muka. Sapa suruh kutuk adik tadi. Kan dah dapat hadiah pertama dari adik.”
            Orang disekeliling melihat gelagat kami berdua. Tak tau malu langsung la. Siap buat adegan menjerit-jerit lagi tu. Aku menarik-narik lengan abangku untuk meninggalkan tempat ini.
            “Abang.. jom la. Adik rindu nak balik rumah ni. Nak jumpa mak ngan abah. Cepat la.” Aku menyuakan beg bajuku untuk dibawa. Berat kot. Kat sana pun Damya yang tolong aku bawa beg ni.
            Abang Im hanya berlalu meninggalkan aku bersama beg bajuku sambil menjelir lidah ke arahku.
            “Abang!!! Tolong laa adik bawa beg ni. Berat tau!” abang Im hanya berlalu pergi tanpa membantuku.
            Akhirnya aku juga la kena bawa beg yang seberat alam ni. Hadeh! Memang adik beradik hitler betul la abang aku ni. Kejam!
            “Oit! Cepat laa.. abang tinggal kat sini baru tau.”giliran abang Im yang tersenyum puas.
Di dalam kereta aku banyak mendiamkan diri. Saja nak kasi cuak sikit sama abang. Hehehe…
            “Adik… awat yang dok diam ni? marah lagi ka? Jangan laa..” abang Im cuba memujukku. Aku sengaja menyembunyikan senyumku. ‘Tau takut… ni baru sikit. Hehehe’ hatiku berbisik nakal.
            “Adik… adik…..” aku hanya mendiamkan diri.
            “Nur Liyana Zahirah….” Namaku dipanggil. Aku menoleh melihat ke arah abangku tanpa berkata apa-apa. ‘Kesiannya..’ desisku lgi.
            “Adik… ada apa kat tudung tu..” suara abang Im menjadi serius.
            Aku meraba-raba tangan ku diatas tudungku.
            “Macam…. Cicak ja.” Sekali lagi abang Im bersuara… Cicak? Binatang bergetah tu…
            “Mana-mana…? Abang.. cepat la… tolong buatkan.. adik geli laa.” Aku memang anti ngan binatang yang bergelar cicak atau sespesis dengannya. Geli kot…
            Kedengaran seperti suara abang Im sedang ketawa. Aku menoleh ke arahnya dan aku melihat matanya berair menahan ketawanya. Sah! Memang sah, aku ditipu. Macamana la, aku tak terfikir yang dia nak kenakan aku. Aduh! memang cari nahas tol la abang aku sorang ni,
            “ABANG IM!!!!!!!!!!!!!!!” aku mengeluarkan suaraku yang lebih merdu dari suara pontianak. Mau berdesing telinga abang aku sorang ni. Lantak la, sapa suruh buat lawak bodoh yang tak menjadi tu.  Lantas sebelah tangan abangku menutup telinganya yang disebelah kiri malah sebelah lagi kuat memegang stering kereta.
            “Oit! Sakit laa telinga abang ni. Kalau nak jadi gorilla pun, tunggu laa kalau dah sampai kat dalam hutan. Ni tak, main melalak suka-suka hati. Sakit kot.” Abang Im meneruskan perjalanannya.
            Melebih la ni. tadi dah laa tipu aku buta-buta, sekarang siap panggil aku gorilla. Tak boleh jadi ni. Tak pa tak pa… tunggu laa sampai kat rumah jap gi. Tau la nasib dia. Aku terus memasamkan mukaku.

“Assalamuailaikum… mak… abah.. adik dah sampai ni… tak nak sambut ker?” kini aku berada dihadapan rumahku sambil terpekik-pekik. Tak sabarnya nak jumpa mak dengan abah.
            “Waailaikumsalam. Masyaallah adik ni, tak malu ka dok terpekik-pekik macam orang tak betui. Hai… rindunya mak kat adik…” pantas tangan mak aku cium.
            “Dia memang tak betui mak. Ada screw dalam otak dia tercabut.” Suara abang Im memecah suasana. Aku mencebik.
            “Mak, abah mana? Rindu adik kat abah ni..”
            “Abah keluar sat. Dia ada kerja sikit. Sat gi balik laa tu. Adik, awat nampak kurus ni? tak makan ka kat sana?”
            “Kurus ka, mak? Tak aih… biasa ja adik tengok diri adik ni. mungkin mak dah lama tak tengok adik kot.”   
Aku berpimpinan masuk ke dalam rumah dengan mak sambil menoleh ke arah abangku sambil berkata.
            “Khadam tolong bawa masuk saya punya beg ya. Kalau tidak, tiada darham…” aceceh dah macam orang kaya zaman P.Ramlee laa pulak. Saatnya untuk aku membuli abangku. Rasakan pembalasan adikmu. Hehehe..
            Abang Im masih lagi terpinga-pinga dengan arahanku.
            “Apa pulak. Barang sendiri, sendiri angkat la.” Abang Im mula protes namun dihalang oleh mak.
            “Im… hang angkat laa beg tu kat adik hang. Kesian kat dia, baru ja sampai ni. mesti penat tak hilang lagi. Hang angkat letak kat dalam bilik dia.” Aku menunjukkan ibu jariku sambil menjelir lidah. ‘padan muka. Kena buat jugak. Hahaha.’ Desisku.
            Abang Im tidak puas hati dengan arahan mak. Tapi apakan daya, arahan ibu tak boleh nak bantah. Tak berbau syurga nanti. Dengan keterpaksaan, abang Im terpaksa juga angkat beg aku tu. Akhirnya, kemenangan di pihak Liyana Zahirah. Oh yeah!

Tuesday, February 8, 2011

bab 4


“ Kalau boleh Man nak kenal Liya dengan lebih rapat, boleh?” terngiang-ngiang suara Mirza di cuping telingaku. Dengan tak semena-mena wajahku terasa bahang. ‘Ah! Malunya…’
           
Pintu bilikku diketuk bertalu-talu. Pasti Damya. Kacau betul la mak cik ni. Aku baru je nak golek-golek atas katil. Ni pun baru je landing atas katil. Damya kalau tak kacau aku sehari memang tak sah.
            “Masuk la, pintu tak berkunci pun.” Aku mempelawa Damya masuk.
            Terjonggol muka Damya di muka pintuku sambil tersenyum.   
            “Liya….” Damya melabuhkan dirinya bersebelahan denganku. Lain macam je minah ni. Jangan dia tanya pasal tadi sudah. Masak aku nak menjawabnya. Otak tengah serabut serabai ni.         
            “ Yes. What can I do for you, Miss Damya Natasya?” Damya menjuih bibirnya.
            “Amboi. Speaking…. Tak tahannn…” Damya sengaja memanjangkan sebutan ‘tahan’. Dia memeluk bantal pelukku.
            “Eh, suka hati la. Ni yang kau masuk bilik aku malam-malam ni, nak apa?” aku meneruskan bacaan novel yang baru aku beli tengahari tadi.
            Damya menarik novel yang berada dalam pengangan aku. Dia menarikku duduk bertentangan dengan dirinya. Mungkin tidak puas untuk berbicara kot. Ye la… aku tengah baring manakala Damya berduduk sambil memeluk bantal peluk.
            “ Gaharu cendana pula dah tau buat-buat tanya pulak. Pasal Mirza la. Kau setuju ke nak berkawan dengan dia?” tersedak aku dibuatnya. Aduh! Mya ni, nak tanya jugak sal mamat tu.
            “ Aku memang kawan pe ngan dia. Asal, skang kau nampak aku bermusuhan ke dengan dia? Tak kan….” Selamba je aku menjawab. Dalam hati ni, hanya Allah saja yang tahu betapa resahnya aku.
            “ Ei… tension tau cakap ngan kau. Ade saja yang nak dijawabnya. Memang la skang kau kawan ngan dia tapi kau tak nak lebih ‘berkawan’ dengan dia ke? Maksud aku macam… macam.. yang dia kata petang tadi.” Damya menekankan perkataan ‘berkawan’ dengan lebih kuat. Aku memblurkan wajahku.
                        “Ish! Minah ni, orang tanya dia boleh buat bodoh je…tak pe… tak pe…”
            Belum sempat Damya melangkah keluar dari bilik, aku segera menarik tangannya untuk kembali duduk disamping aku. ‘ merajuk laa tu.’ Desis hatiku.
                        “ Ala Damya kau nak gi mana? Duduk la sini ngan aku. Boring la sowang-sowang kat dalam bilik ni.”
            Kali ni Damya pula yang memblurkan wajahnya.
            “Balas dendam la ni… ok..ok..  kau nak tau pasal pe tadi? Meh aku menjelaskan segalanya malam ni k.”
            Damya tersenyum memandangku. Suka la tu dia menang… nasib baik kawan aku kalau tak…? Tau la ape nasib kau.. hehehe…
            “Macam tu laa.. kau memang sahabat aku dunia akhirat. Sayang kau!” tubuhku dieluk erat.
            “Hei.. dah laa tu… penat laa. Kau ni nak bunuh aku ke? Kang aku jadi pontianak baru kau tau. Hahaha…” kecut… Damya memang seorang penakut hantu. Nampak je berani dalam semua hal tapi kalau bab-bab seram ni, habis la. Rahsia ni hanya aku je yang tau. Mana taknya, aku sorang je kot kawan baik yang boleh dikatakan seperti kembar dengan dia.
            “Kau ni… pasal hantu gak kau nak kacau aku. Kau bukan tak tau aku ni penakut kepada makhluk Allah yang satu tu. Ish!” serta-merta tubuhku dilepaskan.
            “Sorry la.” Aku memohon maaf atas keterlanjuranku tadi.
            “It’s so k. t jangan kau buat lagi. Aku back hand kau nanti. Dah…dah… jangan kau nak lari dari pertanyaan aku tadi. Skang kau nak bagi jawapan pe kat Mirza tu?” sekali lagi aku diajukan dengan soalan yang serupa.
            “ Ntah la.. aku tak sedia lagi la. Kau tak kan tak tau kawan kau sorang ni macamana. Aku kan penakut kalau bab-bab macam ni. Bagi aku cukup la sekadar kawan je. Lagipun kita kan masih belajar. Malas aku  nak fikirkan hal-hal cintan cintun ni. Baik aku fokus untuk pelajaran aku. Lagi bagus!”
            Panjang lebar aku memberitahu segalanya kepada Damya. Damya masih lagi setia mendengar semuanya. Namun aku tau, dia berharap kalau aku dapat menerima Mirza. Cukup la sekadar kawan biasa.
            “Tapi kan Liya. Kau kena cuba gak buka hati kau untuk mencari pasangan.. tak kan kau nak single je kot seumur hidup kau. Aku tengok sejak kali pertama kau jejak kaki kau kat Universiti ni kau tak pernah dekat mana-mana lelaki. Kalau ada yang nak kenalan ngan kau pun, pasti kau bagi macam-macam alasan. Kang tak pasal-pasal, kau tak pernah bercinta terus kena nikah. Kau nak?” Damya sudah mula membentak.
            “Damya… biarlah. Aku percaya Allah pasti dah tentukan siapa jodoh aku. Sekiranya jodoh aku dengan Mirza tu, aku terima dan jika jodoh aku ngan sesape pun aku tetap terima. Lagipun jodohkan ditangan Tuhan.” Jawabku sambil tersenyum melihat Damya yang  sudah berbaring diatas katilku.
            “Memang la. Tapi kalau kita sendiri yang tak pernah mencari, macamana nak berjumpa dengan jodoh yang telah ditentukan oleh Allah kepada kita. Betul tak, cakap aku?” Damya masih lagi tegas dengan pendiriannya.
            “Ye aku tau. Tapi buat masa skang ni aku tak nak fikirkan lagi pasal benda ni. So, kita cut off je conversation ni k. Kita citer sal cuti sem yang bakal tiba ni. Alright dear.” Aku cuba memujuk Damya untuk menghentikan perbincangan tentang perkara ini. Aku memang tidak selesa sekiranya hal ini masih diteruskan. Ntah kenapa…
            “Erm.. yela yela… So, kau balik penang la cuti sem nanti?”
            Akhirnya, Damya tidak lagi meneruskan pertanyaannya tadi. Alhamdulillah! Syukur.. aku memang tak tau nak jawab pe dah lepas ni kalau soalan tu di tanyakan lagi. Kini aku pula yang berbaring bersebelahan dengan Damya sambil memeluk teddy bear kesayanganku.
            “ Yup! Aku rindu giler kat mak and abah aku plus abang pun nak balik gak. Tu yang buat aku tak sabar nak balik ni.”  Aku tersenyum pabila terbayangkan dapat pulang ke rumahku yang tercinta. Yeay!
            “Sukanye dia… Eh, abang kau pun balik gak ea? Bukan dia study kat London ke?” soal Damya.
            “Of course la aku suka. A’ah. Asal kalau belajar kat London tak boleh balik Malaysia dah ke?” aku mengaru-garu kepalaku yang tidak berasa gatal. Pelik la pulak pertanyaan Damya ni. Ish! Takkan belajar kat London tak boleh balik kot.. selama ni elok je.
            “Eh, tak de laa. Saja ja aku tanya.” Jawab Damya sambil membetulkan posisinya.
            “Oh.. aku ingatkan ape ke tadi… Kau lak, balik Johor la?” tanyaku lagi.
            “ Tak.. aku balik Melaka. Mak ayah aku takde, diorang gi Singapore.” Jawab Damya sambil memandang ke arahku.       
            “Melaka? Rumah sape tu? Asal kau tak ikut je mak ngan ayah kau gi Singapore? Best kot kat sana.” Bertalu-talu soalku kepada Damya.
            Damya hanya menjungkit bahunya. Aku yang terpinga-pinga menerima jawapannya.
            “Maksud kau?” tanyaku lagi.
            “Melaka tu umah makcik aku, adik kepada ayah aku. And, aku jungkit bahu tu sebab aku sendiri pun tak tahu kenapa aku tak nak ikut diorang ke Singapore. Ada faham?” kini baru aku faham apa yang ingin disampaikan oleh Damya. Tapi, salah aku gak sebab tanya dia banyak-banyak soalan.
            Damya memandang ke arahku sambil tersenyum. ‘Asal lak ngan minah ni?’ bisik hatiku.
            “Kau asal? Tersenyum-senyum… giler apa..” aneh!
            “Saja ja…” ringkas jawapan Damya kepada soalanku tadi. Tak percayalah. Mesti ada apa-apa ni.    
            “Ah! Takde maknanya kau kata saja-saja. Aku sure mesti ada something yang bermain dalam kepala otak kau kan.. cepat kasi tau sama aku.” Dah macam lagak samseng tak bertauliah laa pulak aku ni. Lantaklah! Aku pasti mesti ada yang hendak ditanya oleh si makcik tua ni sorang,
            “Macamana kau tau erk? Heheh… tak macam ni, actually kan aku pelik tau ngan kau ni. Harap nama ja orang utara tapi aku tengok jarang kau guna bahasa utara kau masa berkomunikasi ngan kawan-kawan or sesape lah. Asal ea?” terkebil-kebil Damya menunggu jawapan yang pasti dariku.
            “ Laa.. pasal tu je ke. Aku ingatkan kau nak tanya apa tadi. Ish! Kau ni buat saspen je. Sebenarnya, aku memang orang utara malahan aku ni anak jati penang kot. Tapikan, aku sendiri pun tak sure. Maybe sebab mak ngan abah aku jarang guna bahasa utara kot. Lagipun aku boleh cakap bahasa utara tapi saja ja…” aku tersenyum melihat gelagat Damya yang terangguk-angguk mendengar jawapanku. Macam tengah dengar hal yang amat penting lagaknya. Aku ketawa kecil.
            “Oh… tapi kan, aku teringin laa nak dengar kau cakap utara.”  Muncung je mulut Damya menyebut ‘oh’…
            “ Kalau kau datang penang aku akan cakap loghat Penang ngan kau. Ok? Tapi itu pun kalau kau datang penang la.” Aku sengaja ingin mengusik Damya. Aku ingin melihat bagaimana telatahnya jika aku mengajaknya datang ke Penang.
            “Eii! Kejam aw minah ni. Siap main ugut-ugut pulak. tak baik tau. Nanti tuhan marah.” Macam budak-budak Damya mnunjuk jari telunjuknya kepadaku sambil mengeleng-geleng kepalanya.
            “ Hahaha… Damya kau datang laa Penang. Lagipun kau tak pernah datang ke Penang kan??” aku mempelawa Damya ke Pulau Pinang. Kini Damya pula yang tersenyum melihatku.
            “Ingatkan tak nak ajak tadi…” Damya menjuihkan bibirnya.
            “Eh, kau nak ikut aku balik penang ea?” Damya mengangguk kepalanya sambil tersenyum. Aku menjerit girang.
            “Yeay! Yeay! Damya ikut aku balik Penang.” Melompat-lompat aku diatas katil. Damya ketawa terbahak-bahak melihat kelakuanku yang sama persis seperti budak-budak kecil.    
            “ Tapi…” aku sudah terduduk selepas mendengar perkataan tapi Damya.
            “ Tapi??” aku pula yang menyoalnya kali ni.
            “Tapi aku kena balik Melaka lu baru aku gi Penang k?” aku memuncungkan mulutku.
            “Alaa baru je nak ajak kau balik ari yang sama ngan aku…” aku pura-pura merajuk.
            “Nanti aku gi gak umah kau. Aku janji. Lepas seminggu aku balik Melaka aku gi penang k? Lepas tu, kau kena bawa aku merry-go-round satu pulau pinang ok. Aku teringin nak makan nasi kandar penang. T kau bawa aku, alright?”
            Damya bersungguh-sungguh memujuk hatiku. Perlahan-lahan aku menguntumkan senyuman kepada Damya.
            “Kau janji, ok? Nanti bile kau dah jejak kaki kat penang, aku bawa kau pusing keliling penang sampai kau sendiri yang surrender. Hahaha..”
            Damya menunjukkan jari kelingkingnya menandakan dia berjanji.
            “Aku janji. Dah laa, skang pukul bape daa ni. Tido, jom! Aku mengantuk tahap gaban ni.” Damya sudah berjalan menuju ke pintu sambil menguap. “Huargh!!!”
            “Yela. Nanti kau tolong padamkan lampu. Thank you.” Pintaku.
            “Good night. Assalamuailaikum.”
            Belum sempat aku menjawabnya. Pintuku sudah tertutup rapi. ‘mengantuk sangat la tu.’ Desisku. Aku kerling melihat jam telefonku. Sudah hampir pukul 2.30 pagi. Patut la si Damya tu mengantuk tapi yang peliknya, aku. Aku tak berasa mengantuk langsung. Esok dah la ada kelas. Kena tidur gak ni.
            ‘ Mata, please close your eyes. I want to get sleep. Tomorrow aku ada kelas. Please.’ Aku cuba memejamkan mataku dan akhirnya aku sendiri pun tak sedar bila aku terlelap sehingga la aku terdengar azan subuh berkumandang.

Tuesday, February 1, 2011

bab 3


Aku dan Damya beriringan ke kedai buku kegemaran kami. Kini aku dan Damya di hadapan pintu masuk Popular. Seperti biasa, aku dan Damya akan meluru ke rak kegemaran kami. Yahoo! Ada novel baru. Tapi…
            “Damya, kau rasa kan aku nak beli novel Dosa semalam ke Jodoh atau Cinta? Dua-dua best la. Confuse ni..” aku meminta pendapat Damya. Aik! Takde respon pun kawan aku sorang ni. 
            Damya kusyuk membaca novel yang berada ditangannya. ‘Best sangat la tu.. sampai aku panggil pun tak dengar. Damya… Damya… kalau dah jumpa novel, hmm… jangan harap boleh bagi tumpuan.’ Desis Liyana sendirian melihat gelagat kawannya itu. Liyana mendapat akal untuk mengejutkan temannya itu.
            “ Oopocot mak engkau.” Selamba Liyana mencucuk pinggang Damya. Memang pinggang merupakan salah satu tempat yang paling sensitive baginya. Hehehe… Tu laa aku panggil buat bodoh ye, kan dah dapat habuan.
            “ Engkau ni apesal? Siap main cucuk-cucuk orang lagi. Aku bagi kang… masuk hospital kot kau ni.” Segah Damya. Garangnya kawan aku sorang ni. Nampak je ayu, tapi kalah singa betina. Aku menyembunyikan ketawaku.
            “ Lain kali aku panggil, jawab. Jangan asyik baca sipnosis novel sampai tak ingat dunia. Kan tak pasal-pasal kena cucuk dengan aku.  Sorry ok.” Aku menunjuk muka simpati empat belas.
            “ Kau memang. Asyik minta simpati je. Nasib baik kau tu comel. Kalau tak, hari ni kau bermalam la kat hospital. Tempat yang paling tenang dari semua tempat.” Aku tersenyum mendengar kata-kata Damya. Sungguh dia seorang gadis yang paling baik hati. Walaupun dia seorang yang garang tapi kelembutannya tetap teserlah. Dengan wajahnya yang ayu, menutup aurat, sifat lemah-lembutnya. Siapa yang melihatnya pasti terpikat.
            “ Sayang kau. Muaah!” aku memeluk Damya. Damya membalas pelukkanku. Kami meleraikan pelukkan. Aceceh! Berpelukan dalam kedai buku la pulak. Sekali sekala buat drama queen apa salahnya.
            “ Dah-dah… Tadi kau nak Tanya pe?” soal Damya.
            “ Aku nak minta pendapat sikit. Antara novel Dosa Semalam dengan Jodoh atau Cinta yang mana best. Dua-dua nampak best je. Tu yang aku nak minta kau pilihkan untuk aku. Boleh ea?” aku menunjuk barisan gigiku yang putih bersinar.
            Damya menggeleng-geleng melihat gayaku. Dia mengambil novel yang dikatakan aku sebentar tadi untuk membaca sinopsisnya. Setelah selesai membaca, Damya meletakkan jari telunjuknya dibibir untuk menunjukkan dia sedang berfikir. Memang itu gayanya jika disedang memikirkan sesuatu.
            “ Aku rasa kan, baik kau beli novel Dosa semalam and aku lak beli novel Jodoh atau Cinta. Apa macam, ok tak?” Damya menunjukkan ibu jarinya tanda setuju.
            “ Erm bagus gak cadangan kau tu. Boleh la kita tukar-tukar novel nanti. Memang tak sangka, kepala otak kau memang tip-top. Hahaha…” aku pun mengangkat ibu jariku menandakan aku bersetuju dengan cadangannya.
            “Chantekk! Apa lagi jom ke kaunter pembayaran laa. Aku tak sabar ni nak buka balutan plastik novel ni.” Lucu melihat gelagat Damya seperti budak-budak baru dapat mainan.

“Liya…” amboi ayunya suara kawan aku sorang ni. Mesti ada apa-apa ni. Minah ni bukan boleh harap sangat. Kalau style cakap dia macam tu, pasti ada yang dimaunya..
            “ Ye cik Damya ku sayang. Kau nak ape? Siap panggil aku macam tu. Meremang tau bulu roma aku. Dah macam gaya langsuir baru nak beranak la pulak.” Seloroh aku dengan selamba.
            “ Ade ke patut kau panggil aku langsuir baru nak beranak. Kejam… kejam.. memang kejam. Suara aku yang lunak lagi ayu ni disamakan dengan langsuir. Kau ni ada masalah kedengaran ye..” Damya menunjuk mukanya yang selamba mengutuk depan-depan. Heheh.. macam aku laa jugak.
            Memang spesis angkat bakul sendiri betul la.
            “ Baiknya bahasa… kutuk depan-depan. Hahaha… Kejam tak kejam. Skang baik kau cakap pe kau nak. Kau ni kalau dah panggil aku ala-ala macam tu mesti ada yang kau nak. Betul tak?” Damya memandangku dengan penuh keayuan. Tak tahan! Hehehe…
            “ Liya… perut aku kan dah nyanyi lagu ‘Sha La La’ la. Dia minta untuk diisi setelah seharian berjalan-jalan tanpa henti. Kita singgah kat kedai makan k. Kompleks ni kan banyak kedai makan yang sedap-sedap. Lagipun aku takut gastrik aku yang tak diundang akan muncul…. Kita gi makan erk! Please…” Kan dah kata. Minah ni mesti ada saja yang dia nak. Kalau tak, jangan harap la nak rayu merayu ni.
            “ Banyak la kau punya gastrik. Yang aku tau, kau tu memang hantu makan. Pantang jalan perut kau buat hal. Nak minta diisi la ape la. Tu laa kau.. badan je nampak kecik tapi kalau bab makan… Masyaallah. Kalah king kong. Hehehe… jangan marah haa…” ada saja aku nak kenakan Damya. Ala.. sekali sekala. Apa salahnya. Ye tak.
            “ Sampai hati kau kata aku macam king kong. Kalau aku king kong kau tu kawan ngan king kong la. So that’s mean you also a king kong. Hahaha…” Drama queen betul la minah ni. Alih-alih aku yang dikenakan balik. Padahal aku yang mulakan dulu. Memang kacau dapat kawan yang loyar buruk memanjang macam dia ni. Ish..ish..ish..ish….
            “ Apa-apa la. Kawan king kong ke apa ke.. Skang kau nak makan kat mana? Daripada dok kat sini, merapu ntah pape. Baik fikir kedai makan mana yang menarik.” Damya tersenyum puas menandakan dia menang dalam pertandigan loyar buruk. Aku yang penat ketawa dek minah mereng ni. Hahah…
            “ Yes! Aku menang… yea! Yea!” terloncat-loncat macam budak-budak. Tak malu betul la minah ni. Main redah je kat mana-mana pun.
            “ Ah! Tak de maknanye kau menang. Aku saje bagi chance kat kau. Yela sian kat kau yang tengah kelaparankan.. kang tak pasal-pasal aku kena call ambulans lak. Pengsan sebab tak makan.” Damya menjelir lidahnya menandakan dia protes.
            “ Apa-apa jela. Yang pasti aku menang. Bluek!” tarik kang lidah tu baru tau. Terbahak-bahak aku dibuatnya.
            “ Whatever la Damya sayang. Skang kita nak makan kat mana? Tadi kau kata kau lapar kan. So, you have any idea?” Damya memusing badannya untuk melihat sekeliling kompleks. Mencari kedai makan yang paling terdekat.
            Yang paling terdekat ialah Laksa Shake. Damya menmusingkan badannya menghadap aku. Tersengih-sengih macam kerang busuk dibuatnya. Hehehe…
            “ Kita makan kat situ k. Teringin lak nak makan laksa Sarawak. Ok ye Liya.” Damya menggenggam kedua-dua belah tangannya dengan membulatkan matanya.
            “ Ok aku setuju tapi…” dipintasnya.
            “Tapi apa pulak ni. Kau ni kan mesti bertapi-tapi kan.” Tergelak aku dibuatnya melihat Damya yang tertanya-tanya.
            “Kau belanja aku k.” aku pula yang tersengih kepadanya.
            “Boleh tapi…. Kau yang bayar.” Pantas Damya meninggalkan aku sambil menjelir lidah. Lucu betul la minah ni. Tapi naik sasau gak aku dikerjakannya.
           
“ Well…well…well… tak sangka jumpa you kat sini.” Tiba-tiba muncul suara yang amat aku kenali. Suzana! Haduih…!
            Dan seperti biasa Suzana bersama Danish. Maklumlah kekasih yang hangat bercinta. Tapi yang peliknya setiap kali aku nak merasa ketenangan pasti ada yang menganggu. Eii.. Tension!
            “ Suka hati kitorang laa nak makan kat mana pun. Bukan minta duit korang pun. Yang korang kepoci(menyibuk) tu apasal? Lagipun ni tempat awam. Suka hati laa nak makan kat mana pun.” Ambik kau. Sekali kena hembur dengan Damya. ‘Go Damya! Go Damya!’ sokongku dalam hati.
            “ Eii! Menyampah I dengan you all ni. Tak de  class tau.” Kegedikan Suzana yang amat menyerlah.
            “ Menyampah masuk dalam tong sampah laa. Lagipun Miss Suzana a.k.a ‘gediks girl’, kat sini tak da class. Kalau you rasa nak ke class, balik kampus ok. Kat sini kompleks bukan kampus. Kat kampus you boleh pilih class mana yang you rasa nak masuk. If you dah settle kat sini, boleh tak you dengan mamat sengal blah dari sini. Tak lalu laa I nak makan. Can you, please?” selamba Damya berbicara tanpa rasa gentar langsung. Kalau aku, jangan harap la.. sanggup mendiamkan diri je.
            “ Kau ni kan memang tak da insurans betul la… kang tak pasal-pasal pipi kau aku…” belum sempat Danish menghabiskan ayatnya Damya menghembur Danish.
            “ Apa? Kau nak tampar aku? Tampar la. Kau jangan ingat aku takut dengan kau. Kalau dengan Liya boleh la kau buat scene nak tampar-tampar tapi kalau aku, kau salah besar. Aku tak kan biarkan kau tampar mana-mana perempuan termasuk aku. Bagi aku la kan, hanya lelaki DAYUS je yang akan angkat tangan untuk menampar perempuan. Contohnya, kau. Syed Danish Aiden! You and your geng are same!”perkataan dayus sengaja dikuatkan. Damya sememangnya sudah hilang sabar dengan sikap Danish mahupun Suzana.
            “ Dah la baby.. dari you layan diorang ni buat sakit hati je. Baik kita gi makan kat tempat lain. Tak sakit mata and tak sakit hati. Jom sayang!” Suzana memaut lembut lengan Danish.
            Danish mengangkat telujuk jarinya memberi warning kepada Damya. Damya sedikit pun tidak gentar dengan ugutan Danish malah Damya membalasnya dengan renungan yang tajam.
            ‘Dasyat la Mya…’ desis Liyana.
            Ternganga dek terkejut dengan segala hemburan Damya kepada Syed Danish Aiden. Ni la kali pertama aku tengok Danish diperlekeh seperti ni. Pasti Danish akan membalas perbuatan Damya. Siapa tak kenal dengan sikap Danish yang pantang dicabar. Apa pun aku berterima kasih kepada Damya yang sudi protect aku. Hmm…
            “Damya… thanks erk! Kau protect aku dari diorang.” Damya tersenyum mendengar kata-kataku.
            “ Huk eleh, kau ni… buat macam tak biasa lak. Kita kan kawan. So, kawan seharusnya membantu. Dah la, dari bualkan pasal diorang baik kita habiskan makanan ni. Lepas tu kita boleh sambung jalan-jalan lagi.” Tersengih aku mendengar celoteh Damya.
            “ Eh, semalam kau ada citer sal Mirza Aiman kan? Macamana dia boleh back-up kau sedangkan dia tu kan best friend Danish. Pelik la. Ntah-ntah dia nak kenakan kau tak?” Damya menanyakan aku tentang peristiwa semalam sambil menhirup jus orennya.
            “ A’ah. Ntah la.. yang aku tau, dia kata dia nampak Suzana yang terlanggar aku. That’s why dia back-up aku. Tapi kan, dia tu sweet laa. Tenang je orangnya, tak macam Danish. Baran satu badan. Yang tau nak naik angin tak pasal-pasal. Kalau bab nak mengena aku tu, I’m not so sure la. Sebab semalam dia ok je ngan aku. Tak macam geng diorang yang lain.” Aku menyambung menyuap laksa ke dalam mulut.
            “ Sweet? Eh hem… ada apa-apa ke? Tak kan tangkap cintan kot? Hehehe..” Damya sengaja mengenakan aku dengan Mirza. Nasib baik tak tersembur laksa yang kat dalam mulut ni. Kalau tak mangsa utama semburan aku ni, Damya la. Dah dia kat depan aku. Hehehe..
            “ Pala hotak kau. Tak main ar tangkap-tangkap cintan ni. Kalau aku jumpa mak mentua minta restu terus nikah. Hahaha…” aku cuba berjenaka. Terbeliak Damya mendengar pengakuan berani mati aku.
            “Giler kau… Tak ku sangka kawan aku ni miang. Hahaha…” selamba badak dia je panggil aku miang. Nak kena ni. Jap kau, aku kenakan kau.     
            “ Suka suki dia je panggil aku miang. Kau ingat aku pe, haa?” aku pura-pura marah. Tau gelabah. Ambik kau! Hehehe….
            “ Ala Liya jangan la marah. Aku gurau je. Jangan marah lagi k? please…” Damya dah beralih tempat duduknya. Nak pujuk la tu. Ni la masanya untuk bertindak. Tanganku berada dipaha kiri Damya dan….
            “ Mak kau! Eii.. sakit laa Liya. Kau ni memang mak ketam betul la. Apa laa nasib aku dapat kawan ibarat mak ketam macam kau.” Damya menggosok-gosok pahanya yang baru dicubit oleh aku.
            “ Bluek! Padan muka kau. Panggil la aku miang gi kalau teringin nak rasa cubitan aku yang terhangat ni.” Alahai siannya. Pasti merah pahanya dek cubitan aku. Dah laa kulit tu putih.
            Lagu ‘Love ya’ berderingan dari beg galasku. Meliar aku mencari telefonku di dalam bag. Mana taknya, beg penuh dengan pelbagai benda perempuan. Aduh! Mana fon ni? Nasib baik mesej je. Aku menatap di skrin telefon ku. Aku klik diruangan inbox. Hmm.. siapa ya? Mesej dibaca.
From: (no number)
            Salam.
            Bleh kta jmpe kat dpn 7e kampus? Ad hal sikit. Itu pn klu Liya tak bz laa… Man tggu kat sna k. dlm kul 5.30ptg. Hope can c u there.
-Man-
            ‘Macamana mamat ni boleh dapat nombor aku ni?’ aku kebinggungan. Damya yang menjadi pemerhati dari tadi menegurku.
            “ Kau asal? Macam ayam berak kampur je aku tengok. Are you ok dear? Sape yang antar mesej kat kau tu?” Damya yang tidak sedap hati melihat aku yang tiba-tiba terdiam selepas membaca mesej. Padahal aku terkejut je. Pelik pun ada gak.
            “ Erm.. tak de pape. Mesej dar….” Belum sempat aku menghabiskan ayatku, Damya menarik telefon dari peganganku. Dia membaca isi mesej tersebut. Damya memalingkan wajahnya sambil tersenyum nakal melihatku. Pasti Damya memikirkan yang bukan-bukan.
            “Dah… tak yah nak tersenyum macam tu kat aku. Aku dengan dia bukan ada apa-apa pun. Lagipun aku sendiri pun tak tau macamana nombor fon aku boleh ada kat dia.” Aku menjelaskan yang sebetulnya sebelum Damya memikirkan yang bukan-bukan.
            Damya masih lagi tersenyum. Nampak sangat dia dah salah faham. Susah betul la minah ni. Asyik fikir hal-hal cintan ni. Bagi kahwin baru tau.
            “ Yeke takde pape? Tak percayalah aku. Siap nak jumpa lagi. Liya baik kau citer cepat ngan aku. Kau dengan Mirza ada apa-apa ke? Siap ada panggilan ringkas lagi. Aiseh! Man. So, Man is short form from Aiman? Is that true?” Damya dah mula ketawa terbahak-bahak. Cepat betul marah dia hilang. Tadi bukan main naik angin kat ‘mamat tu’. Maksud aku Syed Danish. Damya… Damya….
            “ Betul la… aku tak de ape-ape ngan dia. Eh! Tadi bukan kau marah sangat ke dengan Danish and the geng. Ni kau ok pulak dengan si Mirza Aiman ni.” Aku sengaja cuba menduga Damya.
            Damya hanya menjungkit bahu. Dia menggeleng-geleng kepalanya sambil tersenyum kepadaku.   
            “ Ntah la. Mirza ni lain kot. Kau sendiri pernah citer kat aku yang dia tolong kau masa Danish and girlfriend dia tu marah kau depan orang ramai. So, bagi aku he has nothing to do with them even he is Danish bestfriend. Aku ni bukan giler nak hentam semua orang. Yang cari pasal je aku hentam. Tapi yang sweet-sweet jagung macam Mirza ni, aku accept je. Hahahaha…” Semakin menjadi-jadi lak minah ni. Dah melalut kemana hala da..
            “ Kau jangan dok merepek. Dia tolong aku pun sebab dia nampak apa yang terjadi. That’s all.” aku menafikan apa yang dikatakan oleh Damya.
            “ Ala Liya apa salahnye kalau berkawan dengan Mirza ni. Ops! Man. Lagipun dia pun hensem pe. Kau tu pun apa kurangnya. Cantik, ayu, sopan, cute but I’m cuter. Hahha..” sempat lagi tu dia puji diri sendiri. Semakin dilayan semakin menjadi pulak minah ni. Baik aku buat bodoh.
            “ Jom la balik. Aku dah kenyang ni. Lagipun letih ar nak jalan-jalan lagi. Kita balik k?” aku cuba mengubah topik. Harap-harap berkesan.
            “ Abis Mirza kau tak jumpe ke? Skang dah pukul 3 ni. Sian kat dia. Tertunggu-tunggu pulak kat depan 7e. Kita jumpa dia k. Aku temankan kau pergi sana. Ok?” meleset sama sekali. Jangan harap la Damya nak lepaskan aku macam tu je.
            “ Tak nak ar. Buat pe? Aku bukan ada hutang dengan dia pun.” Aku menuju ke kaunter pembayaran tanpa menghiraukan Damya.
            “ Ala Liya jom la kita jumpa dia sekali je. Tanya apa dia nak. Ok? Please… teringin laa nak tengok dia.” Huk eleh! Dia lak yang over. Damya menunjuk wajahnya yang simpati. Aduh! tak sampai ati laa pulak. ‘Nak pergi ke tak ea?’ aku bermonolog dengan diriku sendiri.
            “Ok. Kita pergi tapi sekejap je k. And one thing. Kau jangan fikir yang bukan-bukan pulak.” Damya tersenyum girang. Mentang-mentang la aku setuju nak pergi sana.
            “ Alright! Aku sayang kau. Aku tau kau tak sampai hati nak hampakan aku. Jom la. Tunggu apa lagi. Nanti lambat pulak. Nak tunggu bas lagi.” Damya menarik tanganku. Tergesa-gesa dia keluar dari kompleks ni.