“ Kalau boleh Man nak kenal Liya dengan lebih rapat, boleh?” terngiang-ngiang suara Mirza di cuping telingaku. Dengan tak semena-mena wajahku terasa bahang. ‘Ah! Malunya…’
Pintu bilikku diketuk bertalu-talu. Pasti Damya. Kacau betul la mak cik ni. Aku baru je nak golek-golek atas katil. Ni pun baru je landing atas katil. Damya kalau tak kacau aku sehari memang tak sah.
“Masuk la, pintu tak berkunci pun.” Aku mempelawa Damya masuk.
Terjonggol muka Damya di muka pintuku sambil tersenyum.
“Liya….” Damya melabuhkan dirinya bersebelahan denganku. Lain macam je minah ni. Jangan dia tanya pasal tadi sudah. Masak aku nak menjawabnya. Otak tengah serabut serabai ni.
“ Yes. What can I do for you, Miss Damya Natasya?” Damya menjuih bibirnya.
“Amboi. Speaking…. Tak tahannn…” Damya sengaja memanjangkan sebutan ‘tahan’. Dia memeluk bantal pelukku.
“Eh, suka hati la. Ni yang kau masuk bilik aku malam-malam ni, nak apa?” aku meneruskan bacaan novel yang baru aku beli tengahari tadi.
Damya menarik novel yang berada dalam pengangan aku. Dia menarikku duduk bertentangan dengan dirinya. Mungkin tidak puas untuk berbicara kot. Ye la… aku tengah baring manakala Damya berduduk sambil memeluk bantal peluk.
“ Gaharu cendana pula dah tau buat-buat tanya pulak. Pasal Mirza la. Kau setuju ke nak berkawan dengan dia?” tersedak aku dibuatnya. Aduh! Mya ni, nak tanya jugak sal mamat tu.
“ Aku memang kawan pe ngan dia. Asal, skang kau nampak aku bermusuhan ke dengan dia? Tak kan….” Selamba je aku menjawab. Dalam hati ni, hanya Allah saja yang tahu betapa resahnya aku.
“ Ei… tension tau cakap ngan kau. Ade saja yang nak dijawabnya. Memang la skang kau kawan ngan dia tapi kau tak nak lebih ‘berkawan’ dengan dia ke? Maksud aku macam… macam.. yang dia kata petang tadi.” Damya menekankan perkataan ‘berkawan’ dengan lebih kuat. Aku memblurkan wajahku.
“Ish! Minah ni, orang tanya dia boleh buat bodoh je…tak pe… tak pe…”
Belum sempat Damya melangkah keluar dari bilik, aku segera menarik tangannya untuk kembali duduk disamping aku. ‘ merajuk laa tu.’ Desis hatiku.
“ Ala Damya kau nak gi mana? Duduk la sini ngan aku. Boring la sowang-sowang kat dalam bilik ni.”
Kali ni Damya pula yang memblurkan wajahnya.
“Balas dendam la ni… ok..ok.. kau nak tau pasal pe tadi? Meh aku menjelaskan segalanya malam ni k.”
Damya tersenyum memandangku. Suka la tu dia menang… nasib baik kawan aku kalau tak…? Tau la ape nasib kau.. hehehe…
“Macam tu laa.. kau memang sahabat aku dunia akhirat. Sayang kau!” tubuhku dieluk erat.
“Hei.. dah laa tu… penat laa. Kau ni nak bunuh aku ke? Kang aku jadi pontianak baru kau tau. Hahaha…” kecut… Damya memang seorang penakut hantu. Nampak je berani dalam semua hal tapi kalau bab-bab seram ni, habis la. Rahsia ni hanya aku je yang tau. Mana taknya, aku sorang je kot kawan baik yang boleh dikatakan seperti kembar dengan dia.
“Kau ni… pasal hantu gak kau nak kacau aku. Kau bukan tak tau aku ni penakut kepada makhluk Allah yang satu tu. Ish!” serta-merta tubuhku dilepaskan.
“Sorry la.” Aku memohon maaf atas keterlanjuranku tadi.
“It’s so k. t jangan kau buat lagi. Aku back hand kau nanti. Dah…dah… jangan kau nak lari dari pertanyaan aku tadi. Skang kau nak bagi jawapan pe kat Mirza tu?” sekali lagi aku diajukan dengan soalan yang serupa.
“ Ntah la.. aku tak sedia lagi la. Kau tak kan tak tau kawan kau sorang ni macamana. Aku kan penakut kalau bab-bab macam ni. Bagi aku cukup la sekadar kawan je. Lagipun kita kan masih belajar. Malas aku nak fikirkan hal-hal cintan cintun ni. Baik aku fokus untuk pelajaran aku. Lagi bagus!”
Panjang lebar aku memberitahu segalanya kepada Damya. Damya masih lagi setia mendengar semuanya. Namun aku tau, dia berharap kalau aku dapat menerima Mirza. Cukup la sekadar kawan biasa.
“Tapi kan Liya. Kau kena cuba gak buka hati kau untuk mencari pasangan.. tak kan kau nak single je kot seumur hidup kau. Aku tengok sejak kali pertama kau jejak kaki kau kat Universiti ni kau tak pernah dekat mana-mana lelaki. Kalau ada yang nak kenalan ngan kau pun, pasti kau bagi macam-macam alasan. Kang tak pasal-pasal, kau tak pernah bercinta terus kena nikah. Kau nak?” Damya sudah mula membentak.
“Damya… biarlah. Aku percaya Allah pasti dah tentukan siapa jodoh aku. Sekiranya jodoh aku dengan Mirza tu, aku terima dan jika jodoh aku ngan sesape pun aku tetap terima. Lagipun jodohkan ditangan Tuhan.” Jawabku sambil tersenyum melihat Damya yang sudah berbaring diatas katilku.
“Memang la. Tapi kalau kita sendiri yang tak pernah mencari, macamana nak berjumpa dengan jodoh yang telah ditentukan oleh Allah kepada kita. Betul tak, cakap aku?” Damya masih lagi tegas dengan pendiriannya.
“Ye aku tau. Tapi buat masa skang ni aku tak nak fikirkan lagi pasal benda ni. So, kita cut off je conversation ni k. Kita citer sal cuti sem yang bakal tiba ni. Alright dear.” Aku cuba memujuk Damya untuk menghentikan perbincangan tentang perkara ini. Aku memang tidak selesa sekiranya hal ini masih diteruskan. Ntah kenapa…
“Erm.. yela yela… So, kau balik penang la cuti sem nanti?”
Akhirnya, Damya tidak lagi meneruskan pertanyaannya tadi. Alhamdulillah! Syukur.. aku memang tak tau nak jawab pe dah lepas ni kalau soalan tu di tanyakan lagi. Kini aku pula yang berbaring bersebelahan dengan Damya sambil memeluk teddy bear kesayanganku.
“ Yup! Aku rindu giler kat mak and abah aku plus abang pun nak balik gak. Tu yang buat aku tak sabar nak balik ni.” Aku tersenyum pabila terbayangkan dapat pulang ke rumahku yang tercinta. Yeay!
“Sukanye dia… Eh, abang kau pun balik gak ea? Bukan dia study kat London ke?” soal Damya.
“Of course la aku suka. A’ah. Asal kalau belajar kat London tak boleh balik Malaysia dah ke?” aku mengaru-garu kepalaku yang tidak berasa gatal. Pelik la pulak pertanyaan Damya ni. Ish! Takkan belajar kat London tak boleh balik kot.. selama ni elok je.
“Eh, tak de laa. Saja ja aku tanya.” Jawab Damya sambil membetulkan posisinya.
“Oh.. aku ingatkan ape ke tadi… Kau lak, balik Johor la?” tanyaku lagi.
“ Tak.. aku balik Melaka. Mak ayah aku takde, diorang gi Singapore.” Jawab Damya sambil memandang ke arahku.
“Melaka? Rumah sape tu? Asal kau tak ikut je mak ngan ayah kau gi Singapore? Best kot kat sana.” Bertalu-talu soalku kepada Damya.
Damya hanya menjungkit bahunya. Aku yang terpinga-pinga menerima jawapannya.
“Maksud kau?” tanyaku lagi.
“Melaka tu umah makcik aku, adik kepada ayah aku. And, aku jungkit bahu tu sebab aku sendiri pun tak tahu kenapa aku tak nak ikut diorang ke Singapore. Ada faham?” kini baru aku faham apa yang ingin disampaikan oleh Damya. Tapi, salah aku gak sebab tanya dia banyak-banyak soalan.
Damya memandang ke arahku sambil tersenyum. ‘Asal lak ngan minah ni?’ bisik hatiku.
“Kau asal? Tersenyum-senyum… giler apa..” aneh!
“Saja ja…” ringkas jawapan Damya kepada soalanku tadi. Tak percayalah. Mesti ada apa-apa ni.
“Ah! Takde maknanya kau kata saja-saja. Aku sure mesti ada something yang bermain dalam kepala otak kau kan.. cepat kasi tau sama aku.” Dah macam lagak samseng tak bertauliah laa pulak aku ni. Lantaklah! Aku pasti mesti ada yang hendak ditanya oleh si makcik tua ni sorang,
“Macamana kau tau erk? Heheh… tak macam ni, actually kan aku pelik tau ngan kau ni. Harap nama ja orang utara tapi aku tengok jarang kau guna bahasa utara kau masa berkomunikasi ngan kawan-kawan or sesape lah. Asal ea?” terkebil-kebil Damya menunggu jawapan yang pasti dariku.
“ Laa.. pasal tu je ke. Aku ingatkan kau nak tanya apa tadi. Ish! Kau ni buat saspen je. Sebenarnya, aku memang orang utara malahan aku ni anak jati penang kot. Tapikan, aku sendiri pun tak sure. Maybe sebab mak ngan abah aku jarang guna bahasa utara kot. Lagipun aku boleh cakap bahasa utara tapi saja ja…” aku tersenyum melihat gelagat Damya yang terangguk-angguk mendengar jawapanku. Macam tengah dengar hal yang amat penting lagaknya. Aku ketawa kecil.
“Oh… tapi kan, aku teringin laa nak dengar kau cakap utara.” Muncung je mulut Damya menyebut ‘oh’…
“ Kalau kau datang penang aku akan cakap loghat Penang ngan kau. Ok? Tapi itu pun kalau kau datang penang la.” Aku sengaja ingin mengusik Damya. Aku ingin melihat bagaimana telatahnya jika aku mengajaknya datang ke Penang.
“Eii! Kejam aw minah ni. Siap main ugut-ugut pulak. tak baik tau. Nanti tuhan marah.” Macam budak-budak Damya mnunjuk jari telunjuknya kepadaku sambil mengeleng-geleng kepalanya.
“ Hahaha… Damya kau datang laa Penang. Lagipun kau tak pernah datang ke Penang kan??” aku mempelawa Damya ke Pulau Pinang. Kini Damya pula yang tersenyum melihatku.
“Ingatkan tak nak ajak tadi…” Damya menjuihkan bibirnya.
“Eh, kau nak ikut aku balik penang ea?” Damya mengangguk kepalanya sambil tersenyum. Aku menjerit girang.
“Yeay! Yeay! Damya ikut aku balik Penang.” Melompat-lompat aku diatas katil. Damya ketawa terbahak-bahak melihat kelakuanku yang sama persis seperti budak-budak kecil.
“ Tapi…” aku sudah terduduk selepas mendengar perkataan tapi Damya.
“ Tapi??” aku pula yang menyoalnya kali ni.
“Tapi aku kena balik Melaka lu baru aku gi Penang k?” aku memuncungkan mulutku.
“Alaa baru je nak ajak kau balik ari yang sama ngan aku…” aku pura-pura merajuk.
“Nanti aku gi gak umah kau. Aku janji. Lepas seminggu aku balik Melaka aku gi penang k? Lepas tu, kau kena bawa aku merry-go-round satu pulau pinang ok. Aku teringin nak makan nasi kandar penang. T kau bawa aku, alright?”
Damya bersungguh-sungguh memujuk hatiku. Perlahan-lahan aku menguntumkan senyuman kepada Damya.
“Kau janji, ok? Nanti bile kau dah jejak kaki kat penang, aku bawa kau pusing keliling penang sampai kau sendiri yang surrender. Hahaha..”
Damya menunjukkan jari kelingkingnya menandakan dia berjanji.
“Aku janji. Dah laa, skang pukul bape daa ni. Tido, jom! Aku mengantuk tahap gaban ni.” Damya sudah berjalan menuju ke pintu sambil menguap. “Huargh!!!”
“Yela. Nanti kau tolong padamkan lampu. Thank you.” Pintaku.
“Good night. Assalamuailaikum.”
Belum sempat aku menjawabnya. Pintuku sudah tertutup rapi. ‘mengantuk sangat la tu.’ Desisku. Aku kerling melihat jam telefonku. Sudah hampir pukul 2.30 pagi. Patut la si Damya tu mengantuk tapi yang peliknya, aku. Aku tak berasa mengantuk langsung. Esok dah la ada kelas. Kena tidur gak ni.
‘ Mata, please close your eyes. I want to get sleep. Tomorrow aku ada kelas. Please.’ Aku cuba memejamkan mataku dan akhirnya aku sendiri pun tak sedar bila aku terlelap sehingga la aku terdengar azan subuh berkumandang.


0 comments:
Post a Comment