CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 31, 2011

bab 1


Liyana sedang bersiap-siap untuk ke dewan kuliah. Dia melihat Damya Natasya masih lagi dalam selimutnya. Hanna Damya merupakan rakan serumahnya dan merangkumi sahabat baiknya. Mereka berkenalan sejak kali pertama dia menuntut disini.
Kring! Jam loceng Damya berbunyi. Namun dengan pantas ditutup oleh Damya.
“ Hei. Bangun la. Kau bukan ada kuliah ke hari ni? Bangunlah. Dah pukul berapa ni. Nanti kau lambat, jangan salahkan aku tak kejutkan kau pula. Damya, bangunlah.” Liyana cuba mengejutkan Damya.
‘Mesti tidur lambat sebab baca novel sampai ke tengah malam ni.’ Desis Liyana.
“ Damya, bangunlah. Eh, semalam kau tidur pukul berapa? Kau habiskan novel yang baru beli tu ea. Damya bangunlah. Aku kira sampai tiga kalau kau tak bangun juga aku simbah kau dengan air sejuk ni. Satu… dua… ti…” belum sempat Liyana habis mengira Damya mengangkatkan tangannya menunjukkan dia akan bangun.
Liyana tersenyum melihat gelagat temannya yang takut disimbah air sejuk. Sedangkan air sejuk pun tidak ada dalam bilik.
“ Ye, aku bangun ni. Bising la mak cik ni. Ni ha aku dah bangun pun. Mengantuk tau tak.” Damya merungut-rungut sambil menguap.
“ Yang kau tidur lambat tu siapa suruh. Kan susah nak bangun pagi. Kalau tak kejutkan, kau mengamuk pula. Ni aku dah kejutkan pun cukup bagus ok.” Jawab Liyana dengan selamba.
Damya menggosok-gosok matanya sambil tersengih mendengar kata kawannya itu. Jika bukan kerana Liyana pasti setiap hari dia akan terlewat ke kuliah. Damya bersyukur kerana mempunyai kawan seperti Liyana.
“ Dah, bangun cepat. Pergi mandi, kau ni dah macam kerbau tau tak. Sekarang dah pukul berapa ni. Kang lambat pula nak masuk dewan kuliah. Cepat la.” Liyana menyuruh Damya membersihkan diri sambil menyuakan tuala kepada Damya.
Yes boss. Eh, kalau aku tak mandi pun tak pela. Aku kan sleeping beauty.” Ucap Damya dengan selamba.
Liyana ketawa mendengar temannya yang berangan-angan nak jadi princess. Liyana menolak tubuh Damya menuju ke tandas mandi. Kalau dilayan temannya ini, tidak ke kuliah la mereka hari ini. Lagi 5 minit jarum jam menunjukkan pukul 8 pagi. Mereka mempunyai kuliah pukul 8.30 pagi. Walaupun rumah sewa mereka tidak jauh dari dewan kuliah, tapi mereka tidak seharusnya lewat.
Sleeping beauty ke apa ke, aku tak kisah. Sekarang kau pergi mandi. Nanti lambat pula ke kelas. Dah, cepat.” Pinta Liyana.
Akhirnya Damya mandi juga. Sementara menunggu Damya mandi, Liyana mengemas katil temannya itu yang berselerak. Liyana mengeleng-geleng melihat katil temannya ini sambil tersenyum.
‘ Sikap tak ubah macam budak-budak.’ Liyana berkata seorang diri.


Dari jauh Liyana ternampak seseorang yang dikenalinya. Syed Danish Aiden bin Syed Mokhtar Saifuddin. Jejaka yang diminati oleh kalangan wanita. Liyana akui bahawa Syed Danish memang mempunyai rupa paras yang tampan dan dia juga dari golongan atasan.  Jika Liyana tidak salah, bapa Syed Danish merupakan salah seorang yang telah memberi sumbangan kepada pihak universiti untuk sebarang program yang dijalankan oleh pihak universiti.
            Liyana sama sekali tidak menyenangi jejaka itu. Mungkin kerana sikap Syed Danish yang angkuh dan tidak pandai menghormati orang lain. Bagi Liyana, lelaki seperti itu tidak harus didampingi atau didekati kerana lelaki seperti itulah yang menyakitkan hati. Liyana berjalan menuju ke perpustakaan. Tiba-tiba…
            Prang! Liyana telah terlanggar seorang perempuan hingga menyebabkan kertas assignment yang berada di tangannya dan kotak kek milik perempuan itu terlepas.
            “ Ya Allah.” Itu perkataan pertama yang terkeluar dari mulut Liyana.
            Liyana terkesima. Habis kertas assignmentnya  kotor akibat kek yang terkeluar dari kotaknya akibat pelanggaran sebentar tadi. Kek ni mesti nak bagi kat seseorang. Habis la aku kali ni, bisik Liyana dalam hati.
            “ I’m… sorry. Sa… ya tak sengaja.” Liyana tergugup-gapap meminta maaf.
            Liyana perlahan-lahan mengangkat wajahnya memandang perempuan itu. Sekali lagi Liyana terkesima. Aduh, Suzana la. Girlfriend Syed Danish, desis Liyana sendiri.
            “ Hei, you ni buta ke apa! Tengok habis kek I tau. You ingat benda ni free ke. Lain kali jalan tu guna mata bukan berangan-angan tengok orang.  You ingat I tak Nampak ke yang you asyik pandang kat Danish. You ingat you layak ke nak dampingi Danish. Jangan harap la.” Kata Suzana dengan sinis.
            Liyana menggetap bibirnya yang menahan geram dengan sikap Suzana yang sombong itu. Padahal pelanggaran ini berlaku disebabkan Suzana yang tergesa-gesa hendak mendapatkan buah hatinya itu.
            “ Kenapa ni?” tiba-tiba Syed Danish muncul menanyakan kepada Suzana.
            “  Baby… you tengok ni, habis kek I beli. Ni semua pasal minah buta ni la. Kek ni I beli sebab nak bagi surprise kat you tapi…” belum sempat Suzana menghabiskan ayatnya, Syed Danish memotongnya.
            “ You ni ada mata ke tidak?! Menyusahkan orang je. Sekarang ni siapa nak bayar ganti rugi kek ni? I tak kira I nak you pergi beli balik kek ni. Kalau tak siap I kerjakan you.” Tengking Syed Danish kepada Liyana.           
            Suzana tersenyum puas melihat diri Liyana dipermalukan dihadapan orang ramai sebegini. Suzana dari awal tidak menyukainya. Dia sendiri tidak habis fikir kenapa. Sedangkan dia tidak pernah pun menyakiti gadis itu.
            “ For your information Syed Danish Aiden, bukan I yang langgar girlfriend you tu tapi girlfriend you yang tergesa-gesa hingga menyebabkan kami berlanggar. Faham?” Liyana tidak dapat menahan dirinya lagi. Dia boleh bertahan jika dia dimarah tapi bukan ditengking dihadapan orang ramai.
            Syed Danish mengangkat tangannya untuk menamparnya, namun sempat dihalang oleh teman Syed Danish sendiri, Mirza Aiman.
            “ Bro kau jangan jadi lelaki dayus la. Apa yang dikatakan Liya memang betul. Aku jadi saksi tadi. Aku tengok Suzana yang langgar Liya bukan Liya. Lagipun kalau betul salah Liya, apa salahnya jika berbincang elok-elok. Ni tak, nak pukul anak dara orang suka-suka hati.” Mizra Aiman cuba mempertahankan dirinya.
            Suzana dengan tidak puas hati menyangkal segala cerita yang disampaikan oleh Mirza.
            “Eh yang you tiba-tiba nak masuk campur ni apasal? You tak ada kena-mengena dalam hal ni ok. You better not interfere in this issue.” Suzana dengan tidak puas hati menyangkal segala cerita yang disampaikan oleh Mirza.
            “ Ok kalau korang semua tak puas hati, biar aku je yang tolng bayarkan kek tu bagi pihak Liya.” Mirza ingin menamatkan pertengkaran tersebut.
            Dengan pantas Liya menghalang perbuatan Mirza. Mungkin bukan salahnya atas kejadian tadi tapi, dia tidak seharus membiarkan Mirza membayar bagi pihaknya. Biarlah dia sendiri yang menyelesaikan masalah ini. Lagipun dia tidak mahu terhutang budi dengan sesiapa pun terutamanya dari kumpulan lelaki yang perasan bagus ni, Syed Danish Aiden.
            “ Eh, awak… biar saya yang bayarkan. Lagipun ni masalah berpunca dari saya juga. Saya…” belum sempat Liyana menghabiskan pertuturannya, Syed Danish telah memintasnya.
            “ Tengok! At last dia juga yang mengaku kesalahannya. Kalau dari awal you mengakukan senang. Tak payah nak bagi orang marah. Ni tak, asyik nak tunding jari kat orang je.” Sinis Syed Danish.
            ‘ Liya… sabar ok! You a tough girl right. Insyaallah, orang yang bersabar selalu mendapat pahala. It’s so ok.’ Desis Liyana. Dengan berat hati, Liyana terpaksa memberi Suzana wang ganti rugi untuk kek tu. 
            “ Thank you. By the way Liyana, you are very annoying!” Sengaja Syed Danish menutur sebegitu.
            Syed Danish bersama kawan-kawannya melangkah meninggalkan Liyana bersama Mirza. Dalam hati Danish, dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia sangat membenci gadis yang ayu seperti itu. Sedangkan gadis itu tidak pernah melakukan kesalahan kepadanya. Dia akui memang salah Suzana atas perlanggaran tadi tapi setelah melihat wajah Liyana, egonya tiba-tiba memuncak. Argh! Dia sendiri pun tidak tahu kenapa.
            “ Erm.. awak… thanks erk sebab tolong Liya tadi.” Liyana mengucapkan terima kasih kepada Mirza yang sudi mempertahankan dirinya,
            “ Tak pe… lagipun Man nampak apa yang terjadi tadi. Liya tak salah pun. Bagi Man tak salah untuk bantu gadis seayu Liya.” Mirza cuba mengusiknya. Panggilan dirinya pun sudah bertukar. Liyana senang berkenalan dengan Mirza. Dia seorang lelaki yang cukup tenang. Wajahnya pun tidak kurang tampannya jika dibandingkan dengan Syed Danish.
            “ Ok la Man, Liya balik dulu la. Lagipun Liya ada janji dengan kawan ni. Nanti bising pulak dia.” Liyana meminta diri.
            “ Assalamuailaikum.” Liyana memberi salam.
            “ Waailaikumsalam. Take care.” Tutur Mirza. Liyana pun melangkah pergi. Begitu juga Mirza. Haluan mereka berbeza.

0 comments:

Post a Comment